Sabtu, 15 Januari 2011

Balasungkawa




Pada tahun ini SMKTD telah kehilangan seorang warganya iaitu Puan Chuliah bt Djurip.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 16 Februari 2010 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang. Sebelum itu beliau telah dirawat selama hampir dua bulan dan sentiasa keluar masuk hospital ini untuk mendapatkan rawatan hamodealisis bagi penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Latar belakang

NAMA : Pn Hajjah Chuliah bt Djurip

TARIKH LAHIR : 3 .12.1965 di Kg Labohan Dagang

PENDIDIKAN : SRP,ska,SPM,SPA,STPM,B.A. Hons dalam

Pengajian Dakwah &Kepimpinan (UKM)

Dan Diploma Pendidikan (KPLI) dalam

Pengajian Agama Islam.

TEMPOH PERKHIDMATAN : Telah berkhidmat selama 19 tahun di SMK Telok Datok.

Panitia Agama Islam telah mengadakan satu majlis Tahlil bertempat di Surau SMKTD pada tarikh 05.03.2010. Majlis ini diadakan sebagai tanda takziah kepada keluarga allahyarhamah yang telah disertai oleh murid Islam tingkatan 3,4 dan 6.

Sama-samalah kita semua berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Amin

AL FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan