Ahad, 16 Januari 2011

Pelajar Cemerlang STPM 2009

Ng Pei Kee

Ng Pei Kee yang dilahirkan pada tanggal 22 Ogos 1990 merupakan pelajar cemerlang bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2009. Beliau yang menetap di No. 9 Lot 432, Jalan Sungai Buaya, Sungai Jarom, 42600 Jenjarom memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR),iaitu 7A manakala mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan seterusnya memperoleh keputusan 5A, 5B, 1C di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akhirnya beliau mendapat 5A dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai naib pengerusi Persatuan Kewangan SMK Telok Datok dan merupakan pengawas pusat sumber sekolah yang berdedikasi. Beliau sentiasa memberikan tumpuan yang penuh ketika dalam pembelajaran dan konsisiten dalam mengulang kaji pelajaran. Pada pandangan beliau, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok merupakan sekolah yang memiliki suasana belajar yang baik serta lengkap dengan kemudahan dan prasarana yang amat baik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan