Ahad, 16 Januari 2011

PUISI

Encik Guru
(Buat Warga Guru - Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru 2010)

Padanan ‘encik’ dan ‘guru’

Tercetus sebutan baharu ‘cikgu’
Nama keramat dimulia, penitis ilmu
Membakar bicara mesra dan bermakna
Anak didik serta ummah.

Encik guru,
Suara dan lontaran susunan kata-katanya
Zarah-zarah ilmu jadi ikutan
Membernas keinsafan
Membangkitkan keluhuran
Membasmi kontang kesempurnaan
Buat anak didik tohor pengalaman
Berlarian mencari diri
Mengenal erti kelopak kehidupan.

Encik guru,
Kerjanya memangkas akar kejahilan
Membongkar tunjang kesesatan
Membina tamadun kemanusiaan
Memahat arca kegemilangan
Melakar kehidupan bertuhan.

Encik guru,
Buah akhlak masyarakat disukat
Masyarakat hidup dirimbun bahagia
Tiada jahat prasangka
Hidup dalam sangkar damai
Walaupun bangsa berbeza
Walaupun budaya tidak serupa
Walaupun bahasa tidak seraga
Walaupun kepercayaan tidak sama
Berkat titisan penawar ajaranmu
Bersama-sama mereka
Menghayati dan menghirup
Ubat persefahaman.
Encik guru,
Ada ketikanya
Gerimis duka menimpa
Dalam ribut rasa
Cairan hempedu tersepuh
Karenah anak didik luar biasa.

Encik guru,
Tampangnya budaya anak muda
Rosaknya kesantunan bahasa
Terhakisnya kepercayaan dan agama
Keinsafan untuk negara dan bangsa
Tiada dalam kotak mindanya
Encik guru juga penanggung silapnya
Racun tuduhan tanpa sisipan penawar
Berterusan pula, diratib merata
Mulianya encik guru ditelan sirna.

Encik guru,
Kita mulia ada martabat
Bina bangsa berdaulat
Dengan semangat dengan kudrat
Mengheret amanat selagi larat
Kerana perjuangan besar berkeringat
Untuk insan mulia yang hebat
Mencurah jasa bakti tanpa penat
Melampaui garis waktu disurat
Melebihi bejana tenaga yang diharap.

Encik guru,
Lakarlah lukisan kehidupan
Berbekal latar kesabaran
Di bawah awan kerahmatan
Bersama hamparan keikhlasan
Titipan Tinta
Abdul Talib Hamid
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat
2 Mei 2010
**********


**********
**********
**********
**********

**********

**********
klik besarkan
klik besarkan
klik besarkan
klik besarkan

**********
**********
klik besarkan
klik besarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan