15 SEKSAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT JIKA TINGGALKAN SOLAT
Rasulullah SAW bersabda bermaksud “sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja , maka sesungguhnya dia kafir yang nyata”.
Enam daripada seksaan itu diterima di dunia,
Tiga ketika hampir ajalnya,
Tiga ketika berada di dalam kubur,
Tiga ketika berjumpa Allah pada hari Kiamat.
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah,apakah seksaan ketika di dunia?
Jawab baginda: hilang berkat umurnya (hidup kekosongan,jika mewah,kemewahan itu istidraj belaka, hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, jika kaya kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya), dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya, tidak diakui masuk golongan Islam(zahirnya Islam,batinnya Munafik)Segala amal baik (sedekah) tidak akan diberi ganjaran, dan doanya ditolak Allah
Sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika hampir tiba ajalnya?”
Jawab baginda; mati dalam kehinaan (roh dicabut dengan kasar dan tiada belas kasihan), mati dalam kelaparan (bukan kerana tiada makanan tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit kerana roh akan keluar), mati juga dalam kehausan malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Sahabat bertanya lagi,”Ya Rasulullah apa pula seksaan ketika di dalam kubur?”Rasulullah bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari Kiamat tanpa henti.”
Ada riwayat menyatakan , orang yang meninggalkan solat akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul Akra’, yang matanya daripada api,mempunyai tangan dan berkukuk besi,dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ular itu berkata kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar:”Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur,kemudian dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.” Lalu Suja’ul Akra terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari Kiamat.
Sahabat bertanya lagi:ya Rasululluah bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”
Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari Kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang.Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya.kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan solat yang difardukan.kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar”
Kedua, ketika berjumpa Allah,orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada Hari Kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Disusun oleh Puan Zalinah bt Sharip
Tiada ulasan:
Catat Ulasan