Ahad, 16 Januari 2011

Tokoh Pelajar Perempuan 2009

Aini Azizah binti Marzidin

  • Bagi tokoh pelajar bahagian perempuan pula, ialah Aini Azizah binti Marzidin.
  • Tokoh ini dilahirkan pada 13 Mac 1992 di Hospital Besar Tengkuan Ampuan Rahimah, Klang.Kini beliau menetap di Taman Sri Putra, PKNS Banting.
  • Beliau pernah mendapat keputusan cemerlang sebelum ini, iaitu mendapat 4A 1B bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, manakala didalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah beliau memperolehi 9A dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 6A 6B. Beliau juga merupakan seorang yang cemerlang dalam kokurikulum, iaitu beliau menjadi pengawas sekolah, memegang jawatan sebagai kapten bagi pasukan bola jaring sekolah, pengerusi Kelab Komputer sekolah, malahan, pernah mewakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja di peringkaat daerah, menyertai pidato Piala Diraja, dan pernah menjadi wakil daerah bagi Kuala Langat untuk pertandingan Pidato PNB 2008.
  • Beliau yang bercita – cita untuk menjadi seorang doktor sakit puan menyebabkan beliau menjadikan bonda beliau dan Rasullulah sebagai idola dan dorongan bagi merintis kejayaan beliau. Pada pendapat tokoh ini, ‘selagi Allah diletakkan ditempat yang pertama, kejayaan pasti mengiringi.
  • Malah, selalu sembahyang Tahajjud dan mengulangkaji pelajaran adalah kunci kejayaan seseorang muslim itu’.Beliau kini meneruskan pelajarannya ke Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan