Ahad, 16 Januari 2011

Pelajar Terbaik PMR 2009

Nurul Nur Atika binti Mohammad Salleh

  • Nurul Nur Atika binti Mohammad Salleh memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR ) bagi tahun 2009.
  • Beliau dilahirkan pada 5 Oktober 1994 dan menetap di Taman Sri Putra, PKNS Banting.
  • Antara pencapaian akademik yang dicapai ialah memperoleh 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
  • Pencapaiannya dalam aktiviti kokurikulum pula ialah mendapat Johan Choral Speaking peringkat daerah dan Johan kawad kaki Pandu Puteri peringkat daerah.
  • Beliau juga merupakan setiausaha Kelab Koperasi Sekolah dan sebagai ahli jawatan kuasa Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya.
  • Beliau sentiasa bertanya kepada guru jika terdapat subjek yang sukar kerana bagi beliau sekiranya kita malu bertanya kelak kita yang akan kerugian. Pada pandangan beliau, walaupun Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok tidak memiliki kemudahan yang lengkap seperti sekolah berasrama penuh tetapi beliau merasakan sekolah ini cukup selesa untuk beliau belajar dan mengulangkaji.
  • Beliau kini masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok dalam tingkatan 4 KAA (1) dan mengambil Aliran Sains Agama dengan mengambil 12 mata pelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan