Sabtu, 15 Januari 2011

Sejarah Sekolah

  • SMK Telok Datok ditubuhkan pada tahun 1959 di Bandar Banting dengan nama ‘Darjah Menengah Melayu Banting . Pada tahun 1963, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.Sekolah ini dirasmikan pembukaannya pada 6 Disember 1963 oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Yang Berhormat Kapten Haji Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan
  • Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar beraliran Melayu kerana pada masa itu hanya ada sebuah sekolah beraliran Inggeris (MES) dan sebuah sekolah aliran perdagangan yang kemudiannya dikenali sebagai SMK Sungai Manggis. Daerah Kuala Langat mempunyai banyak penduduk daripada kaum bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mampu menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

  • Pada asalnya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Umum Banting(PPD sekarang)Kemudian, berpindah dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Chung Hwa,Banting. Pada tahun 1963, sekolah ini berpindah ke bangunan sekarang di Telok Datok.

  • Jika dilihat dari segi lokasi, sekolah ini mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi kerana terletak di tepi jalan raya utama Banting Kelang. Lokasi ini mudah dihubungi kerana merupakan laluan utama bas dan teksi. Kemudahan jejantas juga telah disediakan untuk keselamatan para pelajar melintas jalan waktu pergi dan balik dari sekolah.
  • Sekolah ini asalnya terdiri daripada 3 blok bangunan tetapi kini telah bertambah menjadi 6 blok , A, B, C, D, E dan F. Selain itu terdapat 2 blok bangunan yang dijadikan asrama puteri dan putera, sebuah dewan makan, sebuah dewan sekolah , sebuah kantin,sebuah rumah kediaman pengetua, sebuah bengkel kemahiran hidup,sebuah surau baru dan enam buah rumah sederet untuk pekerja am sekolah (dijadikan stor peralatan kerusi meja yang rosak)*

  • ‘Primier School’ di daerah Kuala Langat ini dipilih sebagai perintis program Sekolah Bestari bersama-sama 90 buah sekolah lain yang terdiri daripada 38 buah SBP,38 buah sekolah menengah harian,5 buah SMKA,3 buah sekolah di Putrajaya dan 6 buah sekolah baru di bawah Program Penswastaan.

  • Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan,(RMK9) sekolah telah mendapat bangunan baru sebagai menggantikan semula bangunan setingkat menempatkan Bilik-Bilik Khas Kemahiran Hidup serta makmal sains serta bilik guru baru yang lebih sistematik. Pusat Sumber yang lebih selesa dan interaktif turut disediakan di aras tiga sebagai memenuhi hasrat warga SMKTD yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
  • Bangunan tambahan yang dimulakan pembinaan pada 16 Disember 2009 dijangkakan boleh digunakan sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2010 selepas selesai segala urusan pemeriksaan keselamatan dan sijil layak menduduki bangunan (CF).
  • Ujian keselamatan dan kelulusan bomba telah diadakan pada awal bulan Mei yang lalu untuk menentukan tahap keselamatan banagunan baru ini. Selain itu beberapa buah kabin telah dijadikan bilik darjah untuk menampung kekurangan kelas bagi para pelajar tingkatan 6 atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan