Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya dapat juga Majalah TINTA disempurnakan bagi tahun 2010.Majalah TINTA ini telah menyemadikan banyak kenangan pahit dan manis warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok dan menjadi diari bagi setiap warganya.
Sepanjang saya bersekolah di sini,tahun ini ialah tahun yang mencatat sejarah bagi penerbitan majalah ini kerana tdak seperti tahun-tahun yang lalu,majalah yang diterbitkan pada tahun ini menunjukkan pelbagai pembaharuan dan peningkatan dari segi pengisian dan pengurusan.
Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Editor TINTA 2010.Sepanjang saya menjalankan tanggungjawab ini pelbagai cabaran terpaksa saya harungi. Walau bagaimanapun,komitmen semua ahli Sidang Redaksi telah membantu menghasilkan makalah yang begitu bererti ini.
Tema yang dipilih untuk majalah TINTA pada tahun 2010 ini ialah “Kesenian Batik” yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan merupakan warisan turun-temurun.Corak batik merupakan hasil seni yang sangat kreatif dan diambil berasaskan keindahan unsur alam semulajadi. Kreativiti penghasilannya ditonjolkan secara unggul dan berada dalam kelasnya tersendiri.Wajarlah kita generasi alaf baru ini terus memartabatkan warisan negara ini.
Sebelum saya menutup tirai, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan dalam menghasilkan Majalah TINTA 2020 ini.Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Akhir kata daripada saya,semoga kita semua mendapat maklumat dan pengetahuan yang bermanfaat daripada TINTA 2010 ini.
Sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan