Sabtu, 15 Januari 2011

Sekapur Sirih

SIDANG REDAKSI SMKTD 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM 1MALAYSIA

“SMK Telok Datok menjadi sekolah terbaik dan cemerlang menjelang 2010”,bukanlah semudah yang disangka.Pelbagai evolusi demi evolusi dicipta demi menggapai impian yang satu. Semua warga kerja SMKTD sentiasa komited untuk memberikan khidmat terbaik buat sekolah tercinta.Atas dasar inilah, setiap khidmat dan ‘output’ SMKTD sentiasa menjadi teladan dan inspirasi dalam kelompok yang sedang menuju kebitaraan pendidikan ini.

Tugas dan tanggungjawab menuju ke arah pelestarian kebitaraan dalam bidang pendidikan ini telah diteruskan oleh barisan krew Sidang Redaksi TINTA 2010. Suatu wahana yang menjadi kayu ukur kejayaan yang pernah diukir di bumi bertuah ini perlu diapresiasikan dengan penuh dedikasi dan komitmen semua pihak. Sesungguhnya usaha dan penat lelah yang dicurahkan untuk edisi kali ini merupakan satu pelaburan besar dan bermakna. Hal ini sebagai implimentasi kejayaan bagi seluruh warga SMKTD.

Terciptanya TINTA 2010 adalah hasil kerjasama daripada semua pihak. Justeru hubungan baik dan kerjasama semua pihak merupakan nadi utama dalam proses pembikinan naskah ini. Komitmen dan muafakat semua pihak yang terlibat telah melahirkan ‘buah tangan’ buat tatapan semua warga SMKTD yang budiman.

Sidang Redaksi berdiri teguh

Jemaah sepakat setuju dan patuh

Semua inspirasi bentang dan asuh

Untukmu TINTA tahun dua ribu sepuluh









kembali ke atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan