Sabtu, 15 Januari 2011

Sekalung Bicara MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi majalah TINTA kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah dwi tahunan ini. Sekalung tahniah juga buat semua warga kerja SMKTD kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan penerbitan majalah ini.

Proses pembelajaran ialah satu proses yang berterusan. Atas dasar inilah satu dasar (PIPP) telah dirancang dan dilaksanakan sebagai kelangsungan FPN yang telah menjadi teras pengajaran dan pembelajaran di negara kita. Justeru itu, proses pendidikan perlu berpaksi kepada konsep yang digariskan dalam Rukun Negara. Prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan spesifikasi untuk melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek kehidupan. Oleh yang demikian, semua warga pendidik perlu bekerjasama dan bertoleransi untuk melahirkan warga Malaysia yang hidup berlandaskan Konsep 1Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha memperkasa bidang pendidikan demi memastikan wawasan negara tercapai. Sekolah Berprestasi Tinggi merupakan satu penanda aras bukti kecemerlangan pendidikan di sesebuah institusi pendidikan. Atas dasar inilah satu dasar kecemerlangan (KPI) telah dirangka sebagai satu target pencapaian prestasi yang diharapkan oleh kementerian.

Saya berharap melalui komitmen yang diberikan oleh semua pihak, usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang pasti terlaksana.

“SELAMAT MAJU JAYA”

Dato’ Sri Muhyiddin bi Yasin,

Menteri Pelajaran Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan