Sabtu, 15 Januari 2011

Sekalung Bicara Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi majalah TINTA 2010 SMK Telok Datok. Kejayaan menerbitkan majalah tahunan sekolah ini merupakan manifestasi kerjasama yang erat antara para guru dan pelajar.

TINTA merupakan wadah menempati segala kejayaan dalam pelbagai lapangan yang diceburi oleh seluruh warga SMK Telok Datok.Kejayaan yang dicapai perlu digarap dalam sebuah wahana yang mampu dijulang oleh setiap individu yang terlibat agar mampu meneruskan kejayaan dan kegemilangan dalam pelbagai aspek pendidikan. Warga sekolah juga perlu berganding bahu menempuh cabaran mendatang untuk membuktikan bahawa sekolah berjaya memainkan peranannya sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penyuburan nilai-nilai murni.

Saya yakin dengan kepimpinan yang dinamik serta sokongan padu daripada guru-guru, para ibu bapa,pelajar-pelajar dan ahli masyarakat kita akan mampu membentuk generasi pelajar yang gemilang dan mampu bersaing dalam zaman globalisasi ini.Saya amat yakin sekolah ini mampu menjadi sekolah yang unggul dan akan menjadi ‘penanda aras’ bagi sekolah lain dalam daerah Kuala Langat. Diharapkan juga sekolah ini akan terus mantap sebagai ‘sekolah berprestasi tinggi’.

Diharapkan para warga pendidik akan terus memperbaharui iltizam dan komitmen dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus dan melakukan anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.Para pelajar juga diharapkan sentiasa berusaha mencapa kegemilangan dalam semua bidang yang diceburi.

Sekian, Terima Kasih

“SELAMAT MAJU JAYA”


TUAN HAJI ABDUL TALIB BIN HAMID

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan