Sabtu, 15 Januari 2011

Sekalung Bicara Pengetua SMK Telok Datok

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat menerbitkan majalah TINTA pada tahun 2010. Tahniah, syabas dan terima kasih kepada Sidang Redaksi atas segala sumbangan dan pengorbanan untuk menghasilkan majalah ini .

Penghasilan majalah TINTA ini merupakan suatu wadah penting kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Kecemerlangan murid dalam akademik, kokurikulum dan pelbagai aktiviti lain menjadi fokus dalam TINTA 2010. Segalanya terpahat sebagai suatu peristiwa yang penuh sejarah kepada sekolah dan semua murid sepanjang berada di Sekolah Bestari ini. Jadikanlah usaha murni penerbitan majalah ini sebagai media penghubung sama ada masih atau di luar alam persekolahan agar hubungan silaturahim antara sekolah dan murid terus kekal abadi.

Slogan sekolah “SMK Telok Datok terbilang menjelang 2010” telah mula menampakkan hasilnya. Banyak kejayaan yang telah dilakar oleh warga sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum .Semua ini merupakan penanda aras atas kejayaan dan komitmen semua warga sekolah. Peranan dan sumbangan para guru serta kerjasama erat daripada ibu bapa diharapkan mampu memupuk kumpulan murid yang bersahsiah mulia, mempunyai jati diri yang kukuh dan bijak bertoleransi dalam semua aspek kehidupan. Kejayaan usaha ini akan melahirkan insan yang seimbang dan berwawasan menghadapi kehidupan pada masa akan datang .

Semoga penerbitan majalah TINTA ini akan menjadi pemangkin kejayaan SMKTD pada masa hadapan. Kejayaan yang luar biasa akan diperoleh hasil dari usaha yang berlipat ganda. Marilah kita bersama-sama berjuang meneruskan kejayaan di sekolah ini.

‘Ilmu Suluh penghidupan’

SMK Telok Datok Terbilang 2010.

TN HAJI ABDUL WAHID BIN TAKAT

Pengetua SMK Telok Datok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan