Sabtu, 15 Januari 2011

Sekalung Bicara Yang DiPertua PIBG SMK Telok Datok

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan . Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi TINTA 2010.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi TINTA , kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik maupun sahsiah.

Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum maupun kokurikulum . Jelaslah di sini , komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Telok Datok sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.

Sekian,. terima kasih.

EN. JOHAR BIN BASAR

Yang DiPertua PIBG SMK Telok Datok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan